NIK MUHAMMAD AL FATIH BIN NIK MOHD KHAIRUL RIJAL SEKOLAH RENDAH ISLAM AL AMIN KERAMAT
Tong pengasingan sampah pintar adalah tong pengurusan sampah yang diinovasikan untuk mengasingkan sisa pepejal secara automatik dengan cekap dan mudah. Lazimnya pembuangan sisa pepejal di rumah bercampur aduk dengan pelbagai jenis sisa samada dari sisa makanan, sisa dapur, sisa kotor seperti tisu dan lampin pakai buang, sisa kitar semula dan termasuk juga sisa dari kayu dan bahan logam. Tujuan: Jadi, projek ini bertujuan mengatasi masalah pengurusan sisa pepejal di rumah yang bercampur hingga menyulitkan proses pengasingan oleh pihak pengurusan sisa pepejal. Sisa pepejal yang digunakan dalam projek ini merangkumi kategori sisa pepejal kering, basah dan logam. Alat dan bahan: Projek ini menggunakan bekas tong sampah sebagai model yang mana tiga tong sampah mewakili setiap kategori manakala satu lagi tong sampah bertindak sebagai pengesan sisa pepejal melalui pelbagai sensor. Sensor yang digunakan adalah IR sensor, rain drops sensor dan proximity switch. Cara berfungsi: Apabila sisa pepejal dimasukkan dalam tong sampah pengesan, sensor tersebut akan bertindak balas mengesan jenis sisa pepejal tersebut, kemudian servo motor akan bergerak membuka tapak tong sampah sekaligus menjatuhkan sisa pepejal tersebut ke dalam tong sampah lain yang berada bawahnya mengikut kategori yang telah ditentukan. Arduino uno pula berfungsi sebagai mikropengawal yang mengawal keseluruhan projek. Kesimpulannya projek ini akan dapat membantu pengguna di rumah mengasingkan jenis sisa pepejal dari bercampur serta membantu pihak pengurusan sampah mengendalikan pengasingan pelbagai sisa pepejal dengan lebih efektif dan efisien. Ini secara tidak langsung juga dapat memberi faedah kepada ekonomi dari sudut kualiti bahan sisa pepejal kitar semula yang tidak bercampur serta dapat mengurangkan kos pengumpulan dan pelupusan.