ST1313: NETECH AI (Advanced Formative Engine For Network Technology)

MOHD FAZLI KHAISUNIZAM BIN ISMAIL KOLEJ KOMUNITI TEMERLOH

NETECH AI — Advanced Formative Engine for Network Technology

NETECH AI merupakan platform penilaian formatif digital pintar yang dibangunkan khusus untuk kursus Network Technology (STM21693) di Kolej Komuniti Temerloh (KKTM). Sistem ini menggabungkan kecerdasan buatan (Ai) melalui model Claude Sonnet (Anthropic) bagi mengautomasikan proses penilaian pelajar, analisis pencapaian, dan penjanaan laporan pengajaran secara automatik.

Sistem ini dibangunkan menggunakan teknologi awan (Cloudflare Pages, JSONBin.io, Cloudflare Worker). Bank soalan merangkumi 200 soalan dwibahasa merentas empat topik, dengan pemilihan rawak berasaskan Taksonomi Bloom (4 Rendah + 4 Sederhana + 2 Tinggi = 10 soalan per sesi). Setiap pelajar yang berjaya menamatkan sesuatu topik akan menerima Sijil Pencapaian Digital secara automatik.

Ujian perintis melibatkan 18 orang pelajar mencatatkan kadar lulus 99% dengan purata markah 9.3/10. Masa penyediaan laporan pengajaran berjaya dikurangkan sebanyak 95% — daripada 1-2 jam kepada kurang 5 minit. Dengan kos operasi tahunan hanya RM1.20, NETECH AI membuktikan bahawa teknologi IR4.0 mampu meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di institusi TVET secara praktikal dan kos efektif.