YS692: VEG-2D 2.0

MUHAMMAD AMINUDEEN BIN ROSLI SMPK VOKASIONAL INDAHPURA

VIC24 | Young Scientist

CR: 0.0357 | 1 Likes | 28 Views | 74 times | LS: 75.0
Like it? | Support them now!

Teknik potongan sayuran merupakan salah satu amali yang perlu dikuasai oleh murid kursus penyediaan dan pembuatan makanan bagi melayakkan mereka memperoleh Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2. Selepas amali teknik potongan sayuran dilaksanakan, didapati murid tidak yakin dengan hasil potongan yang dilakukan dan tidak dapat menghasilkan potongan jenis batonnet dan medium dice dengan ukuran yang tepat. Bagi mengatasi masalah ini, Veg-2d telah dihasilkan untuk diguna pakai dalam amali teknik potongan sayuran. Veg-2d dilihat dapat membantu murid melaksanakan amali teknik potongan sayuran dengan baik di mana terdapat peningkatan markah penilaian amali selepas ia digunakan. Pada permulaannya, Veg-2D 1.0 hanya mempunyai ukuran bagi jenis potongan batonnet dan medium dice. Selepas mendapat maklum balas daripada murid, Veg-2D 2.0 telah dihasilkan di mana ia mempunyai ukuran bagi jenis potongan batonnet, julliene, large dice, medium dice dan small dice.