NUR ALEESYA ZAHRA BINTI FIKRI KOLEJ VOKASIONAL SUNGAI PETANI 2
Inovasi gluten free soft cookies ini merupakan alternatif yang lebih sihat dan mesra alahan berbanding biskut soft cookies tradisional yang menggunakan tepung gandum serba guna dan mentega dalam kuantiti yang tinggi. Produk ini dihasilkan menggunakan campuran tepung bebas gluten seperti tepung beras, tepung ubi kayu dan serbuk badam yang memberikan tekstur lembut, kenyal serta rasa yang setanding dengan biskut biasa tanpa mengandungi gluten. Penggunaan serbuk badam juga membantu meningkatkan kandungan nutrisi seperti protein dan lemak sihat.