YS655: ENERGY BAR

AMSYAR HAZIQ BIN ASHABUL KAHFI SMK TAMAN TASIK

VIC24 | Young Scientist

CR: 0.1429 | 10 Likes | 70 Views | 107 times | LS: 118.4
Like it? | Support them now!

Energy Bar merupakan kaedah penggunaan semula kulit pisang bagi menghasilkan makanan yang lebih berinovasi dan menyihatkan . Tujuan projek ini dilaksanakan adalah untuk mengetahui karakteristik fisik, kandungan gula dan protein kulit pisang. Makanan ini boleh dihasilkan menggunakan bahan bahan yang mudah didapati di pasaran seperti kulit pisang , garam, mentega, mentega kacang, kacang almond, oat dan madu. Berdasarkan kajian, rakyat Malaysia menghasilkan sisa domestik terutamanya daripada pembuangan kulit pisang sekurang-kurangnya 2.33 kilogram (kg) setiap isi rumah. Sebagai langkah untuk menangani isu ini, pengkaji telah mencipta “ENERGY BAR” iaitu makanan yang menarik, berkos rendah dengan menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati di luar sana, bersaiz ideal dan sesuai dimakan begitu sahaja. Produk ini juga boleh meningkatkan kualiti hidup manusia kerana ia berfungsi untuk mengurangkan penghasilan sisa domestik dan menjaga keseimbangan ekosistem serta menepati konsep 5R. Antara manfaat yang dapat diperolehi oleh setiap individu yang memakan adalah dapat meningkatkan tenaga, mengurangkan rasa lapar, melancarkan pencernaan dan meningkatkan kesihatan mata serta mengurangkan rasa stress.