NUR IZZAH AQILAH BINTI MOHAMMED IZHAR SM TEKNIK KUALA TERENGGANU
Pada era globalisasi ini, pencemaran alam sekitar semakin berleluasa. Hal ini bukan sahaja berlaku di negara kita, tetapi di seluruh dunia. Pencemaran alam sekitar dapat mendatangkan banyak keburukan bukan sahaja kepada manusia, tetapi semua hidupan diatas muka bumi ini. Produk inovasi Grobet adalah jaket yang bertindak sebagai beg dengan menggunakan bahan material mudah urai. Produk inovasi ini dapat membantu mengurangkan faktor pencemaran alam sekitar. Produk ini mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Produk ini juga sesuai digunakan oleh pelajar, pengembara mahupun pekerja. Produk ini memudahkan pergerakan tanpa perlu membawa jaket dan beg secara berasingan. Selain itu, produk ini dapat menjimatkan ruang dan lebih praktikal.