NURDINA BATRISYIA BINTI MOHD YUZI KOLEJ VOKASIONAL KUALA KANGSAR
Theatrical Lolita Hat iaitu sebuah aksesori kepala eksperimental yang diinspirasikan oleh element Classic Lolita. Ia dihias dengan renda, reben, fabrik satin dan bulu untuk mengekalkan elemen keanggunan dan keayuan.
Inovasi ini mengetengahkan nilai kelestarian melalui penggunaan bahan kitar semula seperti jaring plastik terpakai, besi ringan dari payung rosak, fabrik perca, dan mainan terpakai sebagai elemen hiasan. Pendekatan ini bukan sahaja mengurangkan sisa tekstil dan bahan industri, malah memberikan nafas baharu kepada bahan buangan dengan transformasi menjadi karya fesyen berkonsep seni (art to wear).