YS1347: SPS (SMART PORTABLE SINK)

Muhammad Arif Nazmie Bin Ahmad Zaki SMK DATUK HAJI AHMAD BADAWI

VIC24 | Young Scientist

CR: 0.1250 | 2 Likes | 16 Views | 35 times | LS: 37.3
Like it? | Support them now!

Smart Portable Sink atau singkatannya SPS ialah sebuah sinki mudah alih yang mudah untuk dibawa, mudah untuk dipasang dan mudah untuk disimpan. Dengan adanya SPS, kita bukan sahaja dapat membasuh tangan dengan mudah, malah kebersihan tangan akan terjamin. Produk SPS boleh digunakan di mana-mana sahaja seperti tapak perkhemahan, tempat perkelahan, majlis perkahwinan dan banyak lagi. Proses pemasangan SPS juga sangat mudah dan masa pemasangan SPS kurang dari 4 minit. Berat SPS hanya 3.1kilogram menjadikannya ringan dan mudah dibawa ke mana-mana. Ketinggian SPS boleh dilaras (ketinggian maksimum 88 sentimeter dan ketinggian minimum 66 sentimeter) menjadikannya sesuai untuk golongan dewasa dan kanak-kanak.