SS485: FLAKES DAUN KESUM

NUR NADIA NATASYA BINTI MOHD SHAHRIN KOLEJ VOKASIONAL DATO' LELA MAHARAJA

Projek ini adalah bertujuan untuk menghasilkan produk alternatif flakes daun kesum bagi pengguna masyarakat di Malaysia bagi meninjau kesesuaian pengguna tentang khasiat daun kesum dimana dapat mengelakkan penyakit seperti mencegah penyakit kanser, penyakit kulit dan masalah penghadaman. Kajian ini telah dilakukan di Kolej Vokasional Dato’ Lela Maharaja. Jumlah sampel kajian adalah seramai 50 orang yang terdiri daripada pensyarah, kakitangan sokongan dan pelajar Kolej Vokasional Dato’ Lela Maharaja berdasarkan teknik pensampelan rawak mudah yang terlibat dalam menentukan kesesuaian produk ini digunakan dalam kehidupan seharian. Pengumpulan data dibuat dengan menggunakan set instrument soal selidik. Data di analisis menggunakan Statistical Packages for Social Sciense (SSPS) 21.0 for Windows berdasarkan kaedah statistik deskriptif. Daripada hasil analisis dapatan soal selidik, didapati bahawa 74% responden bersetuju dan berpuas hati terhadap produk yang dihasilkan. Secara kesimpulannya, produk inovasi flakes daun kesum mendapat kebolehgunaan yang tinggi di kalangan warga Kolej Vokasional Dato’ Lela Mahajara. Implikasinya, produk flakes daun kesum ini dapat dijadikan sebagai alternatif kepada daun kesum segar yang menyumbang kepada banyak kelebihan apabila digunakan dalam kehidupan seharian.