JS552: SMART VR KeBaCe

IRFAN SAMIR RAIYAN BIN RIZAERYAN SEKOLAH KEBANGSAAN BKT BADONG

SMART VR KeBaCe ini dihasilkan dengan menggunakan kaedah vitual reality (VR) yang dapat menarik minat murid lemah untuk belajar membaca dengan cepat menggunakan video VR yang menarik. Penggunaan alat VR BOX dapat menarik minat murid untuk belajar dengan seronok dan bermakna. Berdasarkan data keputusan PBD masih ada lagi murid yang lemah dan tidak menguasai kemahiran membaca malah memperolehi TP 1 dan TP 2 dalam pentaksiran akhir bilik darjah walaupun telah berada di tahun 2 dan 3. Oleh itu, SMART VR-KeBaCe ini dapat membantu murid lemah menguasai kemahiran membaca dalam literasi dengan melihat tayangan video yang telah disetkan menggunakan VR Box. Objektif utama inovasi ini adalah untuk menyediakan bahan bantu belajar yang selari dengan pembelajaran abad ke 21. Selain itu SMART VR- KeBaCe ini juga dapat mencapai matlamat pendidikan berkonsepkan e-lerning kerana inovasi ini bersifat interaktif dan dapat melicinkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dalam usaha membantu murid belajar membaca dengan cepat daripada konstruk mudah kepada konstruk yang susah. SMART VR-KeBaCe ini mengandungi aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara maya serta boleh dijalankan secara kendiri. Pelbagai video menarik dapat dipaparkan dengan menggunakan VR. VR merupakan teknologi yang menggabungkan objek maya ke dalam dunia realiti. Apa yang penting SMART VR-KeBaCe ini dapat menerapkan element STEM iaitu Sains, Teknologi, Kejuteraan dan Matematik dalam kehidupan murid. Inovasi ini juga dapat memudahkan tugas guru di samping mampu menimbulkan keseronokan dan seterusnya memberi penekanan dalam penerapan elemen KBAT kepada murid. Malah, SMART VR-KeBaCe ini dapat meningkatkan kemahiran digital dan kreativiti murid dalam membangunkan bahan inovasi serta dapat memberi ruang kepada murid untuk mereka sendiri video secara VR.