PUTRI NUR ELLYA BATRISYA BT NIK SOH SM SAINS PASIR PUTEH
Pembelajaran bahasa Melayu merupakan satu proses pendidikan yang penting pada masa ini.Akan tetapi,majoriti murid sekolah masih bingung tentang cara membina karangan dengan cemerlang serta penggunaan tatabahasa yang tepat yang menepati situasi. Hal ini demikian kerana mereka tidak memahami struktur ayat setiap tatabahasa yang dipelajari.Oleh itu,BISO HEBAT telah dicipta dengan tujuan untuk membantu murid mengatasi masalah ini. BISO HEBAT memfokuskan tentang ayat susunan biasa dan susunan songsang. .Produk ini boleh digunakan pada bila-bila masa.Kajian ini menyasarkan kepada 27 orang murid kelas 3 Hajar.Reka bentuk kajian ini menggabungkan pendekatan kualitatif dan kuantitatif.Kajian ini dilaksanakan selama dua bulan merangkumi ujian pra dan ujian pos,pemerhatian,temu bual dan soal selidik.Secara keseluruhan,BISO HEBAT merupakan alat pembelajaran yang berkesan dan menarik untuk memahami tatabahasa terpilih dan juga karangan dengan mudah kerana permaina yang mempunai berbagai bentuk iaitu digital dan fizikal.Ia bukan sahaja membantu meningkatkan pemahaman mereka, tetapi juga menjadikan proses pembelajaran lebih menyeronokkan dan interaktif.
Kata kunci : tatabahasa,,BISO HEBAT,menyeronokkan,digital,fizikal