ST822: KERUSI DWI LIPAT

Nurul Arbaati Sufya Binti Mohamad Shariff KOLEJ VOKASIONAL DATUK SERI ABU ZAHAR ISNIN

ABSTRAK

 

 

Kajian ini adalah reka bentuk sebuah gabungan tangga dan kerusi yang diberi nama Kerusi Dwi-Lipat atau Folding Dual Chair. Ianya dibina bagi tujuan untuk memudahkan para pelajar untuk mengambil barang di tempat yang tinggi. Selain itu, produk ini juga boleh menjadi kerusi yang kukuh dan ergonomik setanding kerusi yang ada serta mempunyai nilai estetika yang baik. Sehubungan itu, produk ini juga menjimatkan kos tanpa perlu membeli tangga dan kerusi secara berasingan. Dalam produk ini terdapat beberapa peringkat iaitu peringkat analisis, peringkat reka bentuk, peringkat pembangunan, peringkat pelaksanaan dan peringkat penilaian. Data telah dikumpul melalui proses soal selidik dan digunakan bagi mendapatkan maklumat. Berdasarkan data yang terkumpul sebanyak 80 peratus pelajar bersetuju supaya kerusi dwi-lipat ini dibina. Kerusi Dwi-Lipat ini menggunakan kayu sebagai sumber utama pembinaan akan memberikan nilai estetika yang baik kerana mempunyai nilai seni yang tersendiri. Seterusnya kayu itu sendiri dapat menguatkan lagi daya ketahanan beban dan kukuh. Projek pembinaan Kerusi Dwi-Lipat ini telah mengambil masa selama beberapa bulan untuk disiapkan bermula dari perbincangan sehingga peringkat penilaian. Dengan adanya produk ini ia dapat memberi impak yang besar dan kegunaan kepada warga kolej terutamanya dalam kalangan pelajar.