PR634: COCO KARPURAVALLI OIL

GURUMOORTHY A/L POOBALAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

VIC24 | Professional

CR: nan | Likes | Views | 124 times | LS: 124.0
Like it? | Support them now!

Coco karpuravalli merupakan gabungan minyak kelapa asli dengan daun karpuravalli. Inovasi ini merupakan adaptasi dari minyak karpuravalii biasa dipasaran. Kami menginovasi minyak kelapa asli dengan ekstrak Karporavalli bagi menangani pelbagai isu kesihatan. Karpuravalli juga dirujuk sebagai tumbuhan Borage India Dalam Bahasa Inggeris dan Pleclranthus Amboinicus. Sapuan Minyak Coco Karpooravalli boleh digunakan untuk menghilangkan kesesakan dada pada kanak-kanak, di dada untuk batuk, selesema dan merawat sakit kepala untuk orang dewasa serta demam malaria, pori-pori, bisul, luka dan penyakit kulit. Minyak karporavalli yang sedia ada dipasaran agak sukar diperolehi dan mahal dan masyarakat yang berpendapatan rendah tidak mampu memilikinya. Oleh itu, kami mencari penyelesaian dengan menginovasikan coco karpuralvalli oil .Bahan yang digunakan untuk menghasilkan minyak coco karpuravalli ini ialah daun karpuravalli 15-20 helai, minyak kelapa asli dan bekas gelas untuk menyimpan minyak berkenaan. Cara penghasilannya pun mudah iaitu, 15 helai daun karpuravalli yang dipetik perlu dibasuh dan dikisar, seterusnya hasil kisaranya dicampurkan dengan minyak kelapa yang dipanaskan pada tahap rendah dalam kuali selama 5-10 minit (sehingga hilang buih karpuravalli). Selepas itu, minyak berkenaan perlu dibiarkan sejuk selama 10-15 minit, kemudian minyak berkenaan perlu ditapis dan dimasukkan dalam bekas atau balang kaca, maka siaplah coco karpuravalli oil. Kami juga telah menggunakan minyak berkenaan dan memberi kesan yang positif kepada kesihatan anak dan orang dewasa. Justeru, diharapkan penghasilan minyak ini, akan membantu masyarakat dalam menjaga kesihatan sepanjang hayat.