YS494: CitroShield

TILEWA UM,MAIRAH BINTI AHMED YOMI SMK BANDAR TASIK PUTERI

VIC25 | Young Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 5 Views | 13 times | LS: 13.0
Like it? | Support them now!

Penggunaan bahan kimia seperti pestisid sebagai racun serangga dalam industri pertanian memberi implikasi kepada kesihatan tumbuhan dan pengguna. CitroShield ialah penghalau serangga mesra alam yang diperbuat daripada kulit buah sitrus tempatan. Ia membantu pertumbuhan tumbuhan sambil melindungi daripada perosak di rumah dan kebun. Dengan menangani isu sisa kulit sitrus dalam industri buah-buahan, CitroShield menawarkan alternatif lestari bagi racun serangga berasaskan bahan kimia. Melalui penggunaan semula sisa sitrus, inovasi ini menyokong SDG 12: Penggunaan & Pengeluaran Bertanggungjawab, dengan menyediakan kawalan perosak semula jadi yang mengurangkan pencemaran kimia serta meningkatkan kesihatan tumbuhan. CitroShield mencerminkan usaha pemeliharaan alam sekitar dan penjagaan kualiti tumbuhan. Dengan menggunakan bahan semulajadi dan mesra alam, CitroShield menunjukkan bahawa kita dapat menggabungkan keberkesanan dalam pertanian dengan kelestarian yang lebih baik.