KAARTIGEYAN A/L LOGANATHAN SJKT LADANG SUNGKAI
Kajian inovasi ini memperkenalkan Model KAPTA (Kata Arah Pintar Tahap Adaptif), iaitu aplikasi digital berbentuk APK yang dibangunkan bagi meningkatkan penguasaan kata arah dalam kalangan murid Tahap Satu di Sekolah Kurang Murid (SKM). Inovasi ini direka secara interaktif, adaptif dan boleh digunakan tanpa sambungan internet bagi menangani cabaran kelas cantuman serta jurang penguasaan murid. Model KAPTA mengintegrasikan animasi visual, kuiz interaktif, maklum balas segera dan elemen gamifikasi untuk meningkatkan motivasi dan pemahaman murid. Inovasi ini membantu guru melaksanakan PdP lebih berkesan, menjimatkan masa serta menyokong pembelajaran abad ke-21 yang inklusif, fleksibel dan berfokuskan murid.