JS1401: FAST AND EASY BOARD 2.0

MUHAMMAD AFIQ RAYYAN BIN MOHD RIZAL SK PAYA JAKAS

Fast and Easy Board 2.0 suatu inovasi yang telah direka bagi membantu murid-murid untuk menulis nisbah dengan betul,mewakilkan nisbah dua kuantiti dalam bentuk termudah dan menentukan kuantiti berkadaran dengan berdasarkan nisbah yang diberi. Dengan tema cepat dan mudah, murid-murid dapat memberikan jawapan secara terus dari Fast and Easy Board 2.0 . Inovasi ini juga menyokong tiga jenis gaya belajar murid-murid yang utama iaitu visual, auditori dan kinestetik. Ujian pra yang dilakukan menunjukkan hampir separuh daripada bilangan murid tidak mahir sifir untuk memberikan jawapan nisbah dalam bentuk termudah. Dengan terciptanya inovasi ini membolehkan mereka untuk menguasai kemahiran ini dalam jangka masa yang singkat dan secara tidak langsung mengubah persepsi mereka terhadap subjek Matematik. Murid yang terlibat turut dapat menyelesaikan soalan yang melibatkan kadaran dengan mudah.Malah mereka dapat mencapai TP6 dalam pentaksiran PBD. Bahan bantu mengajar ini ringan dan mudah dibawa. Inovasi ini boleh digunakan untuk aktiviti berkumpulan bagi meningkatkan kemahiran kognitif dan psikomotor. Rekaan inovasi ini menyokong Kelestarian amalan kitar semula iaitu dihasilkan daripada butang, bahan terpakai,,kad soalan dan pen marker. Fast and Easy Board 2.0 turut dapat merealisasikan Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21) dan SKPMg2 Standard 4 (4.3.1).