ST1103: Portable Calf Pen (PoCaPen)

ADEEB FIDAIE ZARIF BIN ABDUL RISHAM Kolej Vokasional Pertanian Teluk Intan

Inovasi yang dihasilkan ini memberi tumpuan kepada keperluan tempat tinggal anak ternakan ruminan seperti anak lembu dan anak kambing. Projek ini dihasilkan berdasarkan inspirasi daripada kandang ternakan dewasa dan diubahsuai mengikut saiz anak ternakan dan kandang ini merupakan satu satunya kandang mudah alih yang dicipta khas untuk anak ternakan di Kolej Vokasional Pertanian Teluk Intan, Perak. Idea untuk menghasilkan Portable Calf Pen (PoCaPen) ini tercetus apabila anak ternakan mati kerana terjatuh dari tempat tinggi, khususnya di kandang kambing. Selain itu, anak ternakan juga tidak mempunyai tempat tinggal yang selesa dan selamat sejurus ia dilahirkan. Faktor sebegini secara tidak langsung telah meningkatkan kadar kematian dan kecederaan terhadap anak ternakan yang baru lahir. Justeru itu, penghasilan PoCaPen ini dapat menyediakan tempat tinggal yang baik dan memenuhi kebajikan ternakan seperti selamat, bersih dan selesa. Selain itu, PoCaPen juga dibina daripada bahan terpakai iaitu kayu serta mudah dibawa kerana struktur binaannya yang mudah dibuka dan dipasang tanpa menggunkan peralatan tambahan.