AMEER JAWDAT BIN JASMI SMK DATO' HAJI HASSAN YUNOS
Projek ini membangunkan sebuah permainan bola sepak mini berkonsepkan "Toy from Trash", iaitu permainan yang dihasilkan sepenuhnya daripada bahan terbuang dan kitar semula seperti kadbod, straw, lidi sate, penutup botol, dan getah. Objektif utama projek ini adalah untuk menerapkan elemen kreativiti, reka bentuk dan pembelajaran kendiri dalam kalangan pelajar melalui pembinaan permainan interaktif yang menjimatkan kos dan mesra alam. Reka bentuk permainan ini membolehkan dua pemain mengawal pemain bola menggunakan sistem tuil dan gear ringkas, yang digerakkan secara manual. Selain menggalakkan kemahiran motor halus dan koordinasi tangan-mata, projek ini juga mendidik pelajar tentang konsep daya, gerakan, dan mekanisme asas dalam cara yang menyeronokkan. Projek ini menyokong pembelajaran STEM secara hands-on, serta menyumbang kepada kesedaran terhadap penggunaan semula bahan buangan, selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG 12): Penggunaan dan Pengeluaran yang Bertanggungjawab.