THUFAIL BIN MD NOOR SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK MALEK
OPPA atau nama penuhnya Orang-orang Pintar Pemantau Alam Sekitar (Smart Environment Monitoring Scarecrow) merupakan sebuah rekaan yang berfungsi untuk membantu petani di sawah padi. Sebagai mana kita sedia maklum, isu keterjaminan makanan merupakan satu isu yang sangat kritikal dalam memastikan Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals) dapat direalisasikan, khususnya dalam matlamat ke 2 (Zero Hunger). Perubahan iklim, banjir kilat serta pelbagai gangguan haiwan secara tidak langsung boleh mengakibatkan kerosakan padi-padi. Justeru, OPPA direka dengan keupayaan khusus untuk melindungi padi-padi secara langsung dan tidak langsung.