SS1568: YUMI XIN TART ( YxT )

SITI NOR DANISHA BINTI BADRUDDIN KOLEJ VOKASIONAL KUALA BERANG

Abstract : Yumi Xin berasal daripada perkataan cina dan membawa maksud “tongkol jagung”.Yumi Xin Tart diinspirasikan dari tongkol jagung,bulu jagung dan jagung. Kami menginovasikan tongkol jagung dan bulu jagung kepada pencuci mulut untuk menarik perhatian masyarakat supaya dapat menerima rasanya. Tongkol jagung terdapat beberapa khasiat iaitu merangsang otak,melegakan gastrik dan mengurangkan risiko terkena strok.Seterusnya,khasiat bulu jagung pula mengatasi diabetes dan mencegah kolestrol tinggi.Akhir sekali,khasiat jagung ialah mencegah sembelit dan memberi tenaga kepada badan.Yumi Xin Tart sesuai dimakan bila-bila masa sahaja dan senang dibawa kemana-mana.Yumi Xin Tart boleh dimakan oleh beberapa peringkat umur bermula dari peringkat sekolah rendah hingga warga emas. Objektif inovasi ialah untuk memperkenalkan produk baharu menggunakan tongkol jagung,bulu jagung dan jagung itu sendiri dan memastikan masyarakat boleh menerima keunikan rasa ini. Selain itu, mempelbagaikan kegunaan tongkol dan bulu jagung dalam campuran bahan masakan.