YS1148: SCRUB AL COCO

NURAIN SAZWANI BINTI RUSLI SMK SULTAN MANSOR

VIC24 | Young Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 10 Views | 37 times | LS: 37.0
Like it? | Support them now!

Kajian ini dijalankan untuk membangunkan produk inovasi Scrub Al Coco yang dapat memberikan manfaat dalam PdPC pelajar PVMA Penyediaan dan Pembuatan Makanan. Scrub Al Coco merupakan satu produk kesihatan kulit yang berasaskan sisa makanan yang diinovasikan daripada scrub badan yang terdapat di pasaran. Scrub Al Coco menggunakan hampas kelapa sebagai bahan utama dan sesuai dijadikan sebagai produk kesihatan kulit semulajadi yang dapat memelihara alam sekitar. Ketika PdPC NOSS HT-012-2:2012 Penyediaan dan Pembuatan Makanan dijalankan, didapati pelbagai sisa makanan yang perlu dibuang di dalam tong sampah kerana tidak dapat diproses semula dan ini menyumbang kepada peratusan sampah yang dibuang dengan banyak. Oleh itu, produk sisa makanan yang ada diinovasikan untuk memastikan alam sekitar terus terpelihara. Sampel kajian terdiri daripada 20 orang pelajar dari SMK Sultan Mansor, Kuala Terengganu. Terengganu. Pengkaji menggunakan soalselidik secara maya (Google Form) dan pengagihan sampel sebagai instrument kajian. Hasil dapatan kajian menunjukkan purata peratusan setuju berada pada tahap tinggi dalam menjawab persoalan tentang tahap pengetahuan pelajar mengenai hampas kelapa (95%), tahap penerimaan pelajar terhadap Scrub Al Coco yang menghaluskan kulit, melembapkan kulit, menanggalkan kulit mati dan meredakan masalah kegatalan kulit jika konsisten sepanjang penggunaannya (80%) serta potensi Scrub Al Coco dipasarkan (80%). Secara keseluruhan pelajar dapat menerima Scrub Al Coco yang merupakan scrub badan yang mudah digunakan, selamat dan terbukti keberkesanannya jika diambil secara konsisten.