MUHAMMAD ZHARIF RIFQI BIN MOHD RASYID SK BATU BERENDAM
Inovasi M-Beez Wire adalah sebuah alat pendidikan yang direka untuk meningkatkan pemahaman peserta tahun 5 dalam mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi. Mengintegrasikan dawai fleksibel dan kotak penampung bersama mikrobit, M-Beez Wire membolehkan peserta meneroka konsep reka bentuk dan teknologi secara interaktif. Alat ini menyediakan pengalaman pembelajaran hands-on, di mana peserta dapat membina pelbagai model dan memahami prinsip asas elektrik dan pengaturcaraan. Hasil dapatan pelaksanaan projek ini diperoleh daripada analisis ujian pra dan pasca, soal selidik dan maklum balas responden. Berdasarkan ujian pra dan pasca yang diberikan, peserta telah menunjukkan peningkatan markah selepas pelaksanaan inovasi khususnya dalam mata Pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi. Dengan pendekatan ini, diharapkan peserta dapat meningkatkan kemahiran kreatif, pemikiran kritis, dan pengetahuan teknikal, sekaligus menjadikan proses pembelajaran lebih menarik dan berkesan. Melalui penggunaan M-Beez Wire, peserta tidak hanya belajar teori, tetapi juga berpeluang menerapkannya dalam amalan, yang dapat memperkuat pemahaman mereka terhadap subjek ini.
Kata Kunci : Reka Bentuk Teknologi, Buzz Wire, Mikrobit, Tajuk Pengaturcaraan