PR838: EASY WAY 2 BDP

Minarni Binti Mohd Noor KOLEJ VOKASIONAL KUALA KANGSAR

VIC24 | Professional

CR: nan | Likes | Views | 186 times | LS: 186.0
Like it? | Support them now!

Abstrak Dalam Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) khususnya bagi program fesyen isu utama adalah dalam fasa penghasilan pola pakaian. Kejayaan hasil rekaan pakaian bergantung kepada bagaimana pola yang dihasilkan. Bermula dari semester 1 Sijil Vokasional Malaysia (SVM) pelajar mula mempelajari menghasilkan pola pakaian mengikut modul pakaian yang telah disenaraikan dalam silibus Kurikulum Standard Kolej Vokasional (KSKV). Fokus penyelidikan ini adalah untuk mengenalpasti senario yang berlaku di dalam pendidikan kemahiran latihan dan teknikal vokasional di Malaysia bagi program fesyen TVET dalam kemahiran asas mendraf pola pakaian. Melalui pemerhatian dan pengalaman mengajar terdapat ramai pelajar masih belum dapat menguasai asas mendraf pola walaupun telah masuk ke semester 3 mahupun Diploma. Pelajar masih merujuk nota, perlukan bimbingan pensyarah serta kurang berkayakinan untuk menghasilkan pola rekaan pakaian. Perkara ini merupakan satu masalah yang perlu diatasi awal bagi memudahkan pelajar melaksanakan tugasan mendraf kerana mendraf pola merupakan satu aktiviti wajib dikuasai bagi seorang pelajar seni reka fesyen dalam merealisasikan rekaan-rekaan pakaian. Selain dari itu ia dapat menggalakkan pelajar berani mendraf pola dan yakin dengan hasil pola yang dilakukan. Kepentingan Pola Pakaian Pola ialah kepingan bentuk pakaian yang dibuat rata pada kertas dan mengikut stail pakaian yang direka. Proses pembuatan pola (Pattern Making) adalah salah satu langkah permulaan dalam proses pembuatan pakaian. Keperluan membuat pola adalah untuk menghasilkan rekaan pakaian mengikut ciri-ciri atau stail pakaian serta bentuk badan pelangan . Pelbagai teknik mendraf dan pengubahsuaian pola boleh dilakukan mengikut rekaan pakaian. Mengenal pasti bahagian badan adalah sangat penting kerana dalam penghasilan pola pembahagian badan menggambarkan pakaian melibatkan ukuran badan pelanggan. Kepentingan pengetahuan serta penguasaan asas dalam penghasilan pola sa