PUTRI SUMAIYYAH BINTI ARIFIN SMK KINABUTAN 2
ECOPROBIOTIK ialah larutan probiotik yang diperam hasil daripada bahan semula jadi untuk meningkatkan kesihatan usus dan imunisasi ternakan. Penggunaan bahan semulajadi digunakan dalam kajian ini dengan formulasi pati 300g iaitu kulit nenes 105g,kulit betik 90g, kulit pisang 60g dan kulit limau 45g serta dicampurkan Bersama gula merah 100g serta air hujan 1000ml . Proses penghasilan Campuran ini disimpan didalam suhu bilik selama 15 hari sebelum boleh digunakan. Hasil kajian menggunakan formulasi ini iaitu dapat keputusan kajian makmal di dapati kewujudan microorganisma baik dalam formulasi yang di hasilkan dan kandungan probiotik yang sesuai digunakan pemeraman ini menghasilkan pH antara 3.82 hingga 3.91. ECOPROBIOTIK boleh dicampurkan ke dalam minuman ternakan untuk meningkatkan sistem pencernaan, membantu penyerapan nutrien, serta mempercepat pertumbuhan dan meningkatkan daya tahan penyakit ternakan serta boleh di sembur pada najis ternakan untuk mengurangkan bau najis ternakan