JS525: TETINGKAP MAGIKA

ANNUR IRDINA BINTI MOHD. NAZRI SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT SENGGEH

Tetingkap Magika dicetuskan melalui idea untuk memberi kelainan cara untuk membaca dan menyalin dengan lebih berfokus dan lebih terpandu berdasarkan ukuran pelbagai saiz buku dan bahan bacaan. Ianya merupakan satu inovasi dalam menambah baik amalan proses pembelajaran murid dan guru melalui ciptaan bahan terbuang kitar semula yang terdapat daripada persekitaran.Tetingkap Magika menggunakan bahan kitar semula seperti kotak yang dibentuk menjadi alat bantu yang memfokuskan koordinasi mata ke atas teks yang dibaca.Inovasi ini mendorong kesedaran terhadap kepentingan kitar semula dan penggunaan semula bahan terbuang sekaligus menjadikannya satu inovasi yang berintegrasi dengan pendidikan sains alam sekitar dan kesedaran ekologi.Dengan menggunakan alat ini, murid-murid mahupun guru-guru dapat mengelak gangguan visual yang wujud daripada persekitaran sekeliling, sekaligus meningkatkan keupayaan mereka untuk menumpukan perhatian semasa membaca dan menyalin.Penggunaan Tetingkap Magika ini juga didapati mampu membantu dalam pengurusan bilik darjah yang lebih efektif kerana murid-murid dapat mengurus masa dengan lebih baik dan mengurangkan keperluan untuk bimbingan berterusan daripada guru.Selain itu, Tetingkap Magika adalah fleksibel, praktikal,mesra pengguna dan boleh disesuaikan mengikut keperluan individu murid. Ia boleh diperbesar atau diperkecil, bergantung kepada saiz buku atau bahan bacaan yang digunakan. Ini membolehkan alat ini digunakan oleh murid dari pelbagai peringkat usia dan kebolehan membaca.Dengan reka bentuk yang mudah dan kos rendah,Tetingkap Magika juga boleh dihasilkan secara besar-besaran dan diedarkan ke sekolah-sekolah di kawasan yang kurang berkemampuan dan memberi peluang pembelajaran yang lebih baik kepada semua murid tanpa mengira latar belakang sosioekonomi mereka.Dalam jangka masa panjang,penggunaan Tetingkap Magika ini diharapkan dapat meningkatkan minat membaca sekaligus menjadikannya sebagai salah satu aktiviti atau amalan yang menyeronokkan.