JS504: SMART MoD CeB 3B

ANIQ DANIAL BIN HAZRULAZRI SEKOLAH KEBANGSAAN ASSAM JAWA

VIC25 | Junior Scientist

CR: 0.4157 | 264 Likes | 635 Views | 58 times | LS: 431.7
Like it? | Support them now!

SMART MoD CeB 3B direka dengan menggunakan kaedah Virtual Reality yang dapat menarik minat murid pemulihan dan murid Tahun 1 yang lemah untuk belajar membaca dengan cepat menggunakan video VR yang menarik. Smart MoD CeB 3B bermaksud Mo untuk Modul D untuk Digital Ce untuk Cepat dan B untuk Baca manakala 3 Bahasa bermaksud 3 bahasa iaitu  Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Inovasi ini diharap dapat membantu murid pemulihan dan murid Tahun 1 menguasai kemahiran literasi membaca dengan lancar sejajar degan saranan Menteri Pendidikan yang telah memperkenalkan konsep IK Intervensi Kurikulum di seluruh sekolah bagi mengatasi masalah murid yang belum menguasai kemahiran membaca. Inovasi ini dapat memberi pendedahan STEM kepada murid sekolah rendah dengan mengintergrasikan elemen Virtual Reality (VR) dengan menggunakan VR Box dan telefon bimbit.