JS1377: WOT ( Wheel Of Teeth)

MUHAMMAD KHAALIF ADAM BIN ABDUL AZIM SEKOLAH KEBANGSAAN JITRA

WOT ( wheel of teeth) merupakan satu bahan yang digunakan untuk mempelajari tajuk Gigi Manusia dalam amta pelajaran sains tahun 3. Kaedah penggunaan WOT ini dapat membantu murid untuk menguasai dalam topik gigi manusia dan kegigian haiwan. Setelah penggunaan WOT, murid dapat membanding bezakan jenis dan fungsi gigi dengan jelas dan betul. Ujian yang dijalankan juga menunjukkan peningkatan prestasi murid dalam topik kegigian manusia dan haiwan. Dapatan kajian mendapati bahawa penggunaan Wheel Of Teeth (WOT) dapat meningkatkan pencapaian murid Tahun 3 dalam topik kegigian manusia dan kegigian haiwan.