YS1375: 2RCW@SUPERB

NURUL HANIS BINTI MUHAMAD NIZAM SMAP BENTONG

VIC24 | Young Scientist

CR: 0.2500 | 1 Likes | 4 Views | 22 times | LS: 23.3
Like it? | Support them now!

Bahan kertas merupakan sisa buangan paling banyak di tapak pelupusan dengan mencatatkan kira-kira 17 peratus yang mana boleh menyumbang kepada RM205 juta pendapatan negara (Statistik dari Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara, 2022). Malaysia giat menjalankan kempen kitar semula semenjak tiga dekad yang lalu dan mensasarkan 40 peratus sisa buangan akan dapat dikitar semula menjelang 2025. Walaubagaimanapun, kesedaran masyarakat terhadap kempen ini masih rendah. Oleh itu, tujuan projek inovasi ini dijalankan adalah bagi membantu meminimumkan hasil sisa buangan bahan kertas dan memupuk kesedaran masyarakat terhadap kepentingan kitar semula dan seterusnya dapat mengekalkan kestabilan dan kelestarian alam semulajadi. Projek inovasi ini mudah untuk dilaksanakan kerana ia menggunakan kaedah yang ringkas dan mesra untuk semua peringkat umur.