Sarah Nur Zahrah Binti Mohamad Shakir Sekolah Rendah Islam As-Sa'idiyyah
Lampu Dinamo Air adalah alat yang dicipta untuk membolehkan lampu dinyalakan tanpa bergantung kepada penggunaan bateri, tenaga elektrik atau tenaga solar. Cara alat ini berfungsi adalah dengan melalui proses berikut, iaitu, pertama, air yang ditadah dalam corong akan dibiarkan mengalir turun mengikut hujung tiub. Kedua, apabila air tersebut mengalir, ia akan membolehkan gear berpusing dan nenghasilkan tenaga daripada dinamo. Dinamo tersebut akan menghasilkan tenaga yang membolehkan lampu dinyalakan. Projek ini memberi manfaat kepada pengguna apabila sumber tenaga elektrik, bateri atau cahaya terbatas. Contohnya, ketika pengguna sedang berkhemah di kawasan sungai atau laut, lampu masih dapat dinyalakan di kawasan perkhemahan.