JS715: PAPER SOAP

AFZZEY AFZAN BIN EDDY MAZLAN SK GAS SANDAKAN

Amalan kebersihan diri perlu diberi perhatian oleh semua individu terutama sekali bagi murid-murid sekolah. Hal ini adalah untuk menghindari diri daripada penyakit. selain itu, amalan kebersihan diri seperti mencuci tangan perlu dijadikan rutin bagi murid-murid sekolah terutama sekali selepas pandemik Covid 19 berlaku. Inovasi Paper Soap ini adalah merupakan inovasi yang dihasilkan untuk menggalakkan murid-murid sekolah menjaga kebersihan terutama sekali sebelum dan selepas makan. Inovasi Paper Soap ini merupakan sabun kertas yang boleh larut apabila terkena air. Dengan adanya inovasi ini, murid-murid tidak perlu lagi risau untuk membawa sabun ke mana-mana kerana inovasi Paper Soap ini mudah dibawa, jimat ruang, dan boleh diletak di mana mana sahaja. Kelebihan seperti inilah yang menggalakkan murid-murid untuk menggunakan sabun dan mencuci tangan.