PR237: PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN SISTEM E - KESEDIAAN KERJAYA

ABDUL HALIM BIN AHMAD Politeknik Kuala Terengganu

VIC24 | Professional

CR: nan | Likes | Views | 129 times | LS: 129.0
Like it? | Support them now!

PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN SISTEM E-KESEDIAAN KERJAYA Abdul Halim bin Ahmad ABSTRAK Program kesediaan kerjaya yang dilaksanakan bertujuan untuk menyediakan pelajar dengan pelbagai aspek kemahiran yang diperlukan oleh pihak industri atau organisasi. Ianya menjadi pemangkin ke arah mempertingkatkan peratusan kebolehpasaran graduan bagi sesebuah institusi pendidikan. Program kesediaan kerjaya yang dirangka dengan baik dapat membantu pelajar dalam menentukan hala tuju kerjaya mereka setelah bergraduat. Kemahiran teknikal dan insaniah diterapkan melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan bagi memastikan pelajar betul-betul bersedia sebelum memasuki alam pekerjaan. Aspek pengurusan program kesediaan kerjaya adalah penting supaya semua pelajar mendapat maklumat yang terkini berkaitan bidang pekerjaan dan keterlibatan pelajar haruslah menyeluruh. Unit CISEC (Corporate, Industrial Services and Employability Centre) di Politeknik Kuala Terengganu merupakan unit yang dipertanggungjawab menyelaras semua aktiviti bagi program kesediaan kerjaya. Aktiviti-aktiviti program kesediaan kerjaya telah dijalankan dengan baik namum ketiadaan suatu sistem pengurusan yang berpusat dan teratur menyukarkan pelajar menyertai program yang dianjurkan dan penyediaan pelbagai bentuk pelaporan memerlukan tempoh masa tertentu. Penambahbaikan terhadap aktiviti yang telah dijalankan perlu dilaksanakan bagi memastikan kesinambungannya memberi impak yang positif namum pada masa kini ianya tidak dapat dilaksanakan. Justeru itu, pembangunan sistem e-kesediaan kerjaya merupakan alternatif dalam memperkemaskan pengurusan program kesediaan kerjaya di Politeknik Kuala Terengganu. Dalam membangunkan sistem e-kesediaan kerjaya, Model Agile telah digunakan sebagai model rujukan dalam menghasilkan suatu sistem yang lengkap. Ianya dipilih kerana dapat memberi nilai kepada pengguna dengan pengurang