JS812: Coleorepel

MUHAMMAD ADAM ZAFRAN BIN SHAYID SK TAMAN PELANGI INDAH

VIC26 | Junior Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 4 Views | 1 times | LS: 1.0
Like it? | Support them now!

COLEOPHIGENT merupakan inovasi produk mesra alam yang dibangunkan melalui kajian lanjutan selepas keberkesanan produk Oleophigent yang dihasilkan dalam kajian sebelum ini. Produk ini dihasilkan dengan menggabungkan hampas kelapa sebagai bahan penyerap minyak berkeupayaan tinggi bersama serbuk kopi terpakai yang bertindak sebagai penghalau serangga semula jadi. Formulasi ini menghasilkan pes yang boleh diletakkan di kawasan sasaran untuk mengurangkan kehadiran semut melalui aroma kopi. COLEOPHIGENT dibangunkan menggunakan bahan kitar semula dan kos penghasilan yang rendah, selaras dengan konsep ekonomi kitaran dan kelestarian alam sekitar. Inovasi ini berpotensi sebagai alternatif praktikal, selamat dan mampan dalam pengurusan sisa domestik serta kawalan serangga secara semula jadi.