Fathimatul Zahra Binti Azrul Nizam SEKOLAH RENDAH ISLAM AL AMIN KERAMAT
Automatic Tissue Dispenser adalah inovasi yang dapat mengeluarkan tisu secara automatik dengan menyentuh sensor inframerah untuk mengeluarkan tisu.
Pengguna harus menunggu selama lebih kurang tiga saat agar sensor dapat mengesan sentuhannya. Kebanyakkan tempat yang menyediakan tisu seperti kedai makan, tandas awam dan sebagainya masih menggunakan cara pengambilan tisu secara manual dan mengambil tisu secara berlebihan.
Oleh itu, Automatic Tissue Dispenser yang tidak memerlukan kos yang banyak direka berdasarkan kajian semasa yang telah dilakukan. Selain itu,inovasi ini akan mencipta sesuatu yang baru dan memberi kemudahan kepada pengguna. Reka bentuk mesin ini adalah ringkas dan mesra pengguna.
Objektif utama projek Automatic Tissue Dispenser ini adalah untuk mengurangkan pengeluaran tisu dan pembaziran tisu.
Kesimpulannya, penemuan yang kami dapati ini dapat mengurangkan pembaziran tisu dan mencegah sikap sesetengah individu yang tidak mengambil kisah akan isu pembaziran tisu.
Oleh demikian, kami menyarankan projek kami untuk digunakan di tempat-tempat yang sering menyediakan tisu.