ST1550: Smart Dustbin With Humidifier

Siti Nur Aini Binti Abdul Razak KOLEJ POLY-TECH MARA ALOR SETAR

"Smart Dustbin with Humidifier" adalah tong sampah inovatif yang dilengkapi dengan penyerap bau dan humidifier untuk mengurangkan bau kurang menyenangkan serta memantau ruang sampah yang tersedia. Ciri-cirinya termasuk teknologi penyerap bau, sensor pintar untuk pengesanan tanpa sentuhan, pemantauan isipadu sampah secara masa nyata, integrasi dengan aplikasi telefon pintar, reka bentuk moden mesra alam, penutup automatik, dan sistem pengurusan bau. Produk ini sesuai digunakan di pelbagai lokasi dan menawarkan keunikan serta kelebihan berbanding tong sampah biasa dan produk pintar di pasaran.