NORSAKILA BINTI JIMMY SK.BAWANG K9, BELURAN, SABAH
Inovasi ini merupakan transformasi daun setawar (Kalanchoe pinnata), sejenis tanaman herba yang terkenal kepada sabun Charis, yang mesra alam dan pengguna. Inovasi ini akan memberi pilihan kepada pengguna yang memiliki kulit sensitif sebagai langkah alternatif yang lebih selamat dan mesra alam. Inovasi ini dibangunkan dengan menggunakan sabun setawar dengan memanfaatkan sifat terapeutik tumbuhan dalam aplikasi penjagaan kulit dan glycerin sebagai
bahan utama dalam proses penghasilan Charis. Inovasi sabun Charis dibangunkan dalam lima fasa yang telah dilaksanakan selama sebulan. Hasil daripada inovasi ini, produk yang dihasilkan bukan sahaja boleh diguna pakai sebagai produk penjagaan diri tetapi juga mampu menawarkan nilai komersial dalam skala besar sebagai salah satu pendapatan ahli komuniti setempat
sekiranya potensi tumbuhan ini diuji dengan sepenuhnya.
Kata Kunci: Daun Setawar, Kalanchoe pinnata, sifat terapeutik, inovasi sabun, mesra alam