YS915: CONGKAK PERIBAHASA

AARON PHILIP ANAK PETER KELLY SMK PENRISSEN

VIC24 | Young Scientist

CR: 0.0556 | 2 Likes | 36 Views | 26 times | LS: 28.1
Like it? | Support them now!

Congkak Peribahasa dihasilkan untuk menyelesaikan masalah murid yang tidak dapat memberi maksud peribahasa dengan betul. Selain itu, murid didapati kurang latihan dan kurang menggunakan peribahasa dalam kehidupan seharian yang menyebabkan mereka tidak mampu menjawab Soalan 5 (Peribahasa) Bahasa Melayu Kertas 2 SPM dengan baik. Oleh sebab itu, Congkak Peribahasa dihasilkan untuk menambah pengetahuan murid tentang maksud peribahasa dengan betul sekali gus memberi latihan peribahasa secara permainan. Selepas menggunakan inovasi ini, murid dapat menambah pengetahuan tentang maksud peribahasa dengan betul dan berasa seronok semasa pembelajaran Bahasa Melayu kerana boleh bermain congkak.