SHAIRATTUL NADIA BINTI SALIHADDIN KOLEJ VOKASIONAL PORT DICKSON
Perkembangan teknologi siber mendorong kepada perubahan dalam amalan pengajaran. Kaedah konvensional lebih bersifat sehala yang mana tidak lagi memenuhi keperluan pembelajaran abad ke-21. Hab Eduinteraktif Cikgu Shai dibangunkan menggunakan Google Site dengan menggabungkan pelbagai aplikasi yang bersifat interaktif seperti Google Form, Quizizz, Kahoot, Canva dan lain-lain di dalam satu platform. Pembangunan Google Site ini berpandukan model reka bentuk instruksional ADDIE yang merangkumi beberapa kriteria yang sesuai diguna pakai dalam inovasi pendidikan digital. Hasil soal selidik tehadap 20 orang pelajar yang menggunakan Hab Eduinteraktif Cikgu Shai, 87% bersetuju pembelajaran melalui laman ini berkesan dan 90% bersetuju laman ini mudah diakses. Hasil dapatan ini menunjukkan keberkesanan integrasi teknologi dalam pengajaran seperti dinyatakan oleh McGriff (2000) dan Rahmat et al. (2020). Laman ini menyokong pembelajaran kendiri, mudah diakses, mengandungi latihan interaktif yang membolehkan pelajar membuat latihan berulang, kos rendah, serta menyokong aspirasi digital pendidikan negara.