PR955: KIT KARKA KASADARA

HAAHSHINI A/P AMIRTHALINGAM SJK(T) MAHATHMA GANDHI KALASALAI

VIC24 | Professional

CR: nan | Likes | Views | 98 times | LS: 98.0
Like it? | Support them now!

Kit “KARKA KASADARA” bertujuan untuk meningkatkan prestasi dan motivasi murid-murid tahun 3 dalam kemahiran membaca bahasa Tamil. Kit “KARKA KASADARA” merupakan bahan bantu belajar yang interaktif dan terbeza. Inovasi kit “KARKA KASADARA” direka khas untuk membantu murid-murid pemulihan yang tidak menguasai kemahiran 3M iaitu membaca dan menulis. Penggunaan kit membantu murid mengembangkan pemikiran secara intelek dan berunsurkan inovatif. Kit “KARKA KASADARA” sangat senang untuk digunakan bagi ketiga-tiga bahasa iaitu bahasa Tamil, bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Kit “KARKA KASADARA” menggalakkan pembelajaran kendiri tanpa kehadiran guru. Inovasi Kit “KARKA KASADARA” mampu mencetuskan minat murid untuk membaca secara kendiri dan seronok tanpa rasa tertekan. Penggunaan Kit “KARKA KASADARA” meningkatkan keyakinan terhadap kebolehan murid dan berupaya mewujudkan pemilihan hak ke atas pembelajaran.