DHIA HAFIEZAH AMIERADHANNIA BINTI ABDUL WAHAB SEKOLAH RENDAH TAHFIZ SAINS AL-FARABI
Cocopeat merupakan satu bahan buangan semula jadiyang digunakan secara meluas terutama dalam bidang pertanian. Cocopeat merupakan bahan yang dihasilkan melalui sabut kelapa. Penggunaannya meluas namun berfokus kepada satu bidang iaitu pertanian terutama sebagai medium tanaman sayuran. Cocopeat juga merupakan bahan yang banyak menyerap air dan juga mesra alam.
Di kawasan kampung, sumber sabut kelapa agak banyak dan mudah didapati. Hal ini membolehkan banyak cocopeat boleh dihasilkan. Penghasilan kertas art menggunakan cocopeat boleh diaplikasikan oeh orang kampung mahupun masyarakat sebagai salah satu alternatif pengurangan penebangan pokok untuk penghasilan kertas. Proses pembuatan kertas menggunakan cocopeat juga agak mudah dengan menggunakan bahan dan radas yang mudah didapati di sekeliling rumah.
Penghasilan kertas art cocopeat membantu masyarakat menghasilkan kertas sendiri disamping mengurangkan penggunaan kertas secara penebangan pokok. Disamping itu , projek ini menggalakkan inovasi dan amalan kitar semula dalam masayrakat. Kertas ini bukan sahaj boleh digunakan untuk meulis tetapi boleh digunakan sebagai kain pengelap air kerana sifatnya yang menyerap air.