SS1483: BEDAK SEJUK DELIMA

NUR NADIA FATIMA BINTI YAZID Kolej Vokasional (ERT) Azizah

Menjaga kecantikan juga salah satu aspek penting dalam kehidupan manusia terutamanya wanita tidak kira usia. Semua kalangan wanita pasti menginginkan wajah yang berseri dan sihat, kulit wajah yang berseri dan sihat menjadi impian semua wanita di dunia ini. Oleh itu terdapat pelbagai jenis produk yang mampu mencapai keinginan seorang wanita, akan tetapi terdapat permasalah yang sukar untuk dielakkan contohnya kulit yang kusam, kulit kemerahan, berjerawat dan selaran matahari. Oleh itu wujudnya produk bedak sejuk delima yang mampu merawat segala permasalahan yang ditujukan. Dengan adanya produk yang daripada delima yang mampu mengurangkan keradangan dari jerawat dan dapat melembapkan kulit yang akan menjadikan kulit wajah menjadi tampak lebih berseri. Produk ini juga mempunyai bentuk yang menarik iaitu hati dan warna yang menjadi kegemaran wanita iaitu merah jambu. Oleh itu sasaran pengguna bagi produk ini ialah orang dewasa ataupun remaja yang terdedah dengan udara luar dan cahaya sinaran UV yang menjadikan kulit wajah berminyak dan mengakibatkan jerawat serta selaran matahari. Produk ini juga berpatutan kepada pelajar dan juga selamat digunakan. Semoga produk ini dapat membantu pengguna mendapatkan kulit wajah yang mulus dan berseri.