YS687: IOT - DRIVEN HOME AUTOMATION SYSTEM

MUHAMMAD DARISH UKASYAH BIN ABDUL HADDI KOLEJ VOKASIONAL MELAKA TENGAH

VIC25 | Young Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 7 Views | 17 times | LS: 17.0
Like it? | Support them now!

Projek IoT-Driven Home Automation System bertujuan menyediakan penyelesaian pintar untuk kawalan peralatan rumah, terutama untuk golongan warga emas, orang kurang upaya, dan individu sibuk. Sistem ini menggunakan ESP8266 sebagai pengawal mikro, aplikasi Blynk untuk kawalan jarak jauh, serta sensor DHT11 bagi pemantauan suhu dan kelembapan. Gabungan komponen ini membolehkan pengguna mengawal peralatan rumah seperti lampu dan kipas melalui telefon pintar, selain membolehkan kawalan automatik penyamanan udara (model kipas) berdasarkan suhu dan kelembapan semasa. Metodologi projek melibatkan proses sambungan perkakasan kepada rangkaian Wi-Fi, konfigurasi aplikasi kawalan, dan pengaturcaraan ESP8266. Sistem ini memastikan keselesaan pengguna dengan membolehkan kawalan mudah, mengurangkan pembaziran tenaga, dan mengoptimumkan penggunaan peralatan elektrik. Hasilnya, projek ini memberi manfaat besar kepada pengguna dengan meningkatkan kemudahan, menjimatkan tenaga, dan mengurangkan kos bil elektrik. Ia juga menyokong inisiatif rumah pintar yang mesra alam dan efisien. Projek ini berpotensi untuk dikembangkan dengan menambah sumber tenaga seperti panel solar dan ciri keselamatan yang lebih baik bagi memenuhi keperluan masyarakat moden.