JS1343: HERBAL HEAVEN SOAP

HASHVINTRA A/P TERUVARASU SJKT TUN SAMBANTHAN

Kajian ini bertujuan untuk mencegah penyakit berjangkit dalam kalangan murid-murid SJKT Tun Sambanthan, Bidor. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan reka bentuk kajian tindakan yang melibatkan kumpulan sasaran seramai 150 orang murid SJKT Tun Sambanthan pada tahun 2024. Data yang dikumpulkan dalam kajian ini menggunakan kaedah data APDM kehadiran murid serta temubual yang dianalisis secara kuantitatif. Dapatan kajian mendapati Herbal Heaven Soap yang dihasilkan dapat mencegah penyakit influenza iaitu penyakit berjangkit dalam kalangan murid-murid. Kajian ini juga dapat membantu kami memahami proses pelaksanaan kajian tindakan secara keseluruhannya. Dengan itu, Herbal Heaven Soap dapat dikomersilkan dan boleh dijadikan sabun yang mencegah penyakit berjangkit dalam kalangan murid-murid sekolah.