PR281: NAVI@KKB PENUNJUK ARAH ANDA

MALLINDER ANAK MAOH Kolej Komuniti Mas Gading/ Kolej Komuniti Betong

VIC24 | Professional

CR: nan | Likes | Views | 135 times | LS: 135.0
Like it? | Support them now!

Kolej Komuniti Malaysia merupakan sebuah institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di bawah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Kolej Komuniti Betong (KKB) dan Politeknik METrO Betong (PMBS) merupakan institusi bernaung dibawah JPPKK telah menerima arahan Pengoperasian secara Integrasi (Co-Exist). Melalui surat tersebut, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) telah memutuskan bahawa pengintegrasian ini melibatkan gunasama ruang/ fasiliti merangkumi Perpustakaan, Bilik Kuliah, Makmal Komputer, Bilik Simulasi Pelancongan, Bilik Simulasi Pengurusan Acara, Stor Pelancongan, Dewan Serbaguna dan Bilik Keusahawanan. Oleh yang demikian, produk Inovasi ini dibangunkan bagi menjadi mekanisme petunjuk arah pergerakan kepada pelanggan Kolej Komuniti Betong terdiri daripada pelajar baharu, peserta Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) dan juga orang awam yang mempunyai urusan rasmi di KKB. Inovasi ini dibangunkan menggunakan aplikasi Canva. Gambar lokasi mula dan tamat diambil menggunakan Kamera DSLR Canon EOS kemudian disusun mengikut haluan arah anak panah mengikut lokasi seperti petunjuk arah ke blok akademik, bilik kuliah, makmal komputer dan juga perpustakaan. Bagi memudahkan pengguna, capaian petunjuk arah lokasi ini kemudian di rangkumkan di dalam satu pautan Linktree iaitu https://linktr.ee/NavigationKKB. Pautan ini juga mudah di imbas menggunakan pengimbas QR Code telefon pintar. QR Code boleh didapati di pintu utama Kolej dan laman rasmi sosial media KKB.