MUHAMMAD HASIF BIN MOHD SUHAIMI KOLEJ VOKASIONAL ALOR SETAR
Kepala air berlaku apabila aliran air deras dan tiba-tiba turun dari kawasan tinggi seperti bukit atau gunung, biasanya melalui sungai atau anak sungai. Ia boleh berlaku secara mengejut dan membawa lumpur, batu, kayu, serta serpihan lain. Alat Pengesan kepala air ini berfungsi untuk mengesan amaran awal berlakunya kejadian kepala air iaitu dengan mengesan kenaikan paras air secara mendadak, berlakunya hujan dan air menjadi keruh. Pengesan gelombang atau ultrasonic sensor ini mengesan apabila paras air meningkat dimana ia akan mengesan jarak permukaan air dengan sensor sehingga mencapai tahap paling hampir dan mencapai hadnya maka siren dan lampu amaran akan berfungsi. Turbidity sensor pula merupakan sensor mengesan kadar kekeruhan air dimana bacaan tahap sederhana keruh iaitu 50 – 99 peratus NTU lampu pandu oren akan menyala dan jika pada tahap maksima iaitu atas pada 100 NTU lampu merah akan menyala dan siren akan berbunyi menandakan bahaya. Selain itu, sensor hujan untuk mengesan berlakunya hujan yang boleh menjadi punca kepada kepala air. Komponen utama digunakan untuk mengawal sistem ini iaitu Arduino Uno yang berkendali dengan bekalan bateri 12v dc rechargeable beserta solar panel untuk mengecas semula bateri. Hasil ujilari yang telah dijalankan, siren yang berkuatan 120 desibel mampu didengar sehingga 500 meter manakala nilai NTU bagi kekeruhan air untuk alat ini beroperasi dalam adalah 100NTU ke atas yang menunjukkan berlakunya percampuran air hujan dan air lumpur dari lereng-lereng bukit. Kesimpulannya , projek yang dihasilkan ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada pengunjung air terjun yang menghadapi masalah kerisauan akan terjadinya bencana kepala air serta mengelakkan berlakunya kemalangan jiwa.