YS1577: Aqualetrik

Muhammad Nurfarish Hanif Bin Amat Sukor Sekolah Menengah Teknik Terengganu

VIC24 | Young Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 10 Views | 48 times | LS: 48.0
Like it? | Support them now!

Pada masa kini, aktiviti bercucuk tanam dan penternakan amat penting dari segi aspek ekonomi segaligus dapat menjana pendapatan seseorang. Tanpa disedari, aktiviti ini kurang dilakukan oleh penduduk yang tinggal di rumah jenis pangsa dan teres. Hal ini disebabkan kediaman mereka mempunyai ruang yang terhad dan laman yang kecil yang menyebabkan mereka sukar untuk melakukan penanaman dan penternakan. Jadi, kami mencipta projek AQUALEKTRIK untuk mengatasi masalah tersebut. "AQUALEKTRIK" adalah singkatan bagi ( Aquaponik dan Hidroelektrik ). Ianya adalah sebuah aquarium yang diinovasi khas untuk memudahkan pengguna bercucuk tanam dan menternak tanpa memerlukan ruang yang banyak. Projek ini mempunyai 3 sistem dalam satu iaitu Aquakultur, Hidroponik dan Hidroelektrik. "AQUALEKTRIK" ianya boleh digunakan oleh pengguna untuk bercucuk tanam dan menternak tanpa menghiraukan tanaman dan ternakannya kerana ianya menggunakan sistem Aquaponik. Di samping itu, alat ini juga boleh digunakan sebagai BANK KUASA kerana ianya menyimpan tenaga yang datang daripada Hidroelektrik. Air yang dipam dari aquarium naik ke atas lalu disalurkan kembali ke dalam aquarium dari tempat tinggi untuk disalurkan ke atas bilah turbin. Apabila air mengalir ke dalam turbin, bilahnya digerakkan, menghasilkan tenaga mekanikal. Turbin memindahkan tenaga mekanikal kepada penjana. Penjana menukarkan tenaga mekanikal kepada elektrik menggunakan prinsip aruhan elektromagnet. Hal ini dapat menghasilkan tenaga elektrik sekaligus menyimpannya ke bateri. Pada masa yang sama, pam air dihidupkan dari tenaga yang disimpan dari beteri tanpa memerlukan tenaga dari plug rumah. Sistem ini dilakukan secara berulang dan dapat mewujudkan tenaga elektrik yang tiada terhad (kekal). Dengan ini, ia dapat menjimatkan penggunaan tenaga elektrik sekaligus dapat mengurangkan penggunaan air di rumah. Tanaman sayur-sayuran dan ternakan ikan dapat menghasilkan bekalan makanan di rumah.