HAZIQ FAUZAN BIN HAIRUL AZIZI SMK ALOR PONGSU
Inovasi ini membangunkan sistem pintar bagi mengesan aktiviti merokok secara automatik menggunakan gabungan sensor gas dan kamera AI. Sensor karbon monoksida, ammonia, dan formaldehid digunakan untuk mengesan komponen utama asap rokok. Kamera berasaskan kecerdasan buatan pula menganalisis imej untuk mengenal pasti tingkah laku perokok. Sistem ini meningkatkan ketepatan pengesanan dan mengurangkan penggera palsu. Ia berpotensi digunakan di sekolah, hospital dan kawasan larangan merokok bagi menguatkuasakan undang-undang serta mewujudkan persekitaran lebih sihat dan bebas asap rokok.