YS1344: SCNC EXTRACTOR

MUHAMMAD HARRIS DANIAL BIN NOORZAMRI KOLEJ VOKASIONAL SUNGAI PETANI 2

VIC24 | Young Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 3 Views | 20 times | LS: 20.0
Like it? | Support them now!

Penggunaan pewarna bagi kegunaan tekstil telah bermula seawal tahun 3000 sebelum masihi di rekodkan di negara China dan tahun 2500 sebelum masihi di negara India. Sejak dari itu, industri pewarnaan tekstil telah berkembang maju seiring dengan teknologi terkini bagi meningkatkan kualiti bahan pewarna terutamanya pewarna sintetik. Peningkatan terhadap isu alam sekitar menjadi salah satu sebab pewarna semulajadi mula mendapat perhatian pengamal industri yang lebih selamat dan mesra alam. Walaubagaimanapun, kaedah pengekstrakkan bahan pewarna semulajadi menjadi sebab kualiti penghasilannya tidak konsisten dan sukar ditandingi oleh pewarna sintetik. Namun, idea penghasilan prototaip SCNC Extractor (Supercritical Natural Colour Extractor) menjadi satu penanda aras bagi menghasilkan pewarna semulajadi yang lebih berkualiti berbanding kaedah-kaedah pengekstrakkan tradisional dan kimia yang lain. SCNC Extractor merupakan kaedah pengekstrakkan pewarna semulajadi yang mesra alam, di mana prototaipnya direka hasil gabungan pam (High Performance Liquid Chromatography) HPLC, dan hot air oven. Kaedah pengektrakkan ini membolehkan bahan diekstrak pada suhu 100°C hingga 347°C berbanding kaedah pengektrakkan tradisional menggunakan air. Kaedah ini dapat menghasilkan kualiti pigmen pewarna yang lebih pekat, dapat menjimatkan sehingga 90% penggunaan air dan lebih menjimatkan masa. Idea prototaip SCNC Extractor ini dapat membantu para pengamal industri berkaitan bagi meningkatkan kualiti ekstrak pewarna semulajadi seterusnya dapat dikomersialkan dalam skala yang lebih besar.