YS1624: SYLVA PAUSE

MARYAM SOFEA BINTI MOHAMAD ZAIDI SMKA SHEIKH HAJI MOHD SAID

VIC25 | Young Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 12 Views | 6 times | LS: 6.0
Like it? | Support them now!

Kajian ini bertujuan untuk meneroka keberkesanan kaedah gamifikasi melalui permainan Sylva Pause, iaitu sebuah permainan papan berkonsepkan goncangan dadu yang direka khusus untuk memperkukuh penguasaan murid terhadap topik Bab 3 iaitu "Pengaruh Persekitaran Fizikal terhadap Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar di Dunia" dalam mata pelajaran Geografi Tingkatan 3. Permainan ini dibangunkan dengan elemen interaktif seperti dadu bergerak dan kad soalan. Kaedah penyelidikan kuasi-eksperimen digunakan melibatkan 6 orang pelajar sebagai kumpulan kajian. Instrumen kajian termasuk ujian pra dan pasca, lembaran pemerhatian, dan soal selidik motivasi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan Sylva Pause berjaya meningkatkan min skor ujian pasca murid, di samping merangsang minat, penglibatan aktif dan pemahaman konsep berkaitan pengaruh persekitaran fizikal terhadap biodiversiti. Kajian ini mencadangkan bahawa pendekatan gamifikasi seperti Sylva Pause berpotensi menjadi alat bantu mengajar yang efektif dalam menyampaikan topik geografi yang bersifat abstrak secara menyeronokkan dan berimpak tinggi.