JS1427: SMART BRAIN

NUR ALIYA MAISARA BINTI SHAHRUL RIZAL SK BANDAR TENGGARA 1 Of

Smart Brain merupakan satu inovasi dalam topik rantai makanan. Inovasi ini dicipta untuk membantu murid untuk menyusun rantaian makanan dengan betul berdasarkan ekosistem yang sesuai. Inovasi ini menggunakan kad dan papan utama. Kad ini dilengkapi dengan magnet yang disusun mengikut susunan tertentu. Dengan susunan yang betul sahaja kesemua kad ini akan dapat melekat di papan utama. Apabila melekat bermakna, jawapannya betul. Turut disediakan adalah senarai soalan yang berkaitan rantai makanan bagi membantu murid menyusun komponen dalam rantai makanan dengan betul andai dapat menjawabnya.