YS827: SMART WATER DISPENSER

SITI UMAIRAH SHAFIRAH BINTI ZURAIMI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BAGAN TERAP

VIC24 | Young Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 11 Views | 33 times | LS: 33.0
Like it? | Support them now!

Smart Water Dispenser adalah sebuah produk automatik yang menggabungkan elemen Sains dan Teknologi. Ia menggabungkan silibus mata pelajaran Sains dan Reka Bentuk dan Teknologi ( RBT). Isu pencemaran air kerap kali berlaku di Malaysia. Pencemaran air ini sangat membimbangkan sekiranya masyarakat kawasan tersebut hanya bergantung kepada sumber air di sekeliling mereka seperti sungai. Oleh itu, kami telah mencipta satu alat yang membolehkan pengguna menggunakan air bersih. Produk ini dihasilkan bertujuan untuk memudahkan masyarakat yang sukar mendapatkan bekalan air bersih sama ada mereka yang tinggal di kawasan air tercemar atau di kawasan pedalaman yang mana hanya bergantung kepada bekalan air semulajadi. Produk ini akan menapis air melalui sistem penapis air yang direka khas. Selain itu, produk ini juga menggabungkan elemen teknologi terkini di mana air akan keluar secara automatik apabila penderia mengesan tangan atau bekas air.